Tuesday, September 30, 2008

Penyediaan ubat Methadone



Pegawai Farmasi U41 Cik Hong Siew Koon sedang membuat persediaan ubat methadone untuk pesakit terapi gantian methadone. Penyediaan ubat tersebut hendaklah mengikut dosage yang ditetapkan oleh Pegawai Perubatan UD41 semasa membuat pemeriksaan terhadap pelanggan.

Penyeras sedang merangcang aktiviti untuk pelanggan methadone



E. Zamran b Omar PPP U32 Penyelaras Klinik Methadone KK Jelapang sedang giat merancang aktiviti-aktiviti bagi pelanggan methadone yang kini telak mencecah 50 orang. Ini telah mencapai target yang ditetapkan oleh pihak JKN Negeri Perak

Friday, September 26, 2008

Pegawai Farmasi U41 dan Pen. Pegawai Perubatan U29 yang bertugas pada 1 Okt dan 2 Okt 2008

Penolong Pegawai Perubatan U29 En. Santhna Thevan a/l Rengasamy dari KK Menglembu akan bertugas di Klinik Methadone KK Jelapang pada 1 Okt dan 2 Okt 2008 semperna cuti Hari Raya Aidil Fitri. Masa bertugas adalah dari jam 9.00am - 11.00am. PPPU32 En. Zamran dan PPPU29 Tn Hj Abdul Aziz akan bercuti pada hari tersebut.
Antara deskripsi tugas beliau adalah memantau pemberian ubat methadone kepada pesakit terapi gantian methadone oleh Pegawai Farmasi yang bertugas. Pegawai Farmasi U41 yang bertugas pada 1 Okt 2008 Cik Hong Siew Koon dan pada 2 Okt 2008 Pegawai Farmasi U41 yang bertugas ialah Cik Chong Li Lan.
Seorang Pengawal Keselamatan akan ditempatkan untuk menjaga aspek keselamatan dipersekitaraan klinik tersebut.
Pihak pentadbiran klinik mengucapkan selamat bertugas kepada PPPU29 En Santhna,Pegawai Farmasi U41 Hong Siew Koon dan Chong Li Lan yang akan bertugas pada hari tersebut.

Sekian!
Benjamin Pappu a/l Arokiasamy
Penolong Pegawai Perubatan U32
Penyelia KK Jelapang

Wednesday, September 24, 2008

Majlis jamuan Hari Raya

Suatu majlis jamuan hari raya pesakit terapi gantian methadone akan diadakan pada 8 Oktober 2008 di dewan CME KK Jelapang pada jam 10pagi. Jamuan ini adalah suatu usaha untuk menghargai pesakit-pesakit yang telah menghadiri terapi gantian methadone sejak bulan Mei 2008 yang kini telah mencecah 45 pesakit. Idea mengenai jamuan tersebut telah dicetuskan oleh Dr. V. Paranthaman , Pakar Perubatan Keluarga UD48 KK Jelapang.

Saturday, September 20, 2008

Dalam proses rekabentuk

Sebarang pertanyaan tentang blog ini sila hubungi En. Benjamin
Penolong Pegawai Perubatan U32
Klinik Kesihatan Jelapang